Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 21 Mac 2019

Jangan pandang Filipina, Laos sebelah mata

GAMBAR dari kiri penolong jurulatih Filipina, Randolfo Paolo Clarino,

GAMBAR dari kiri penolong jurulatih Filipina, Randolfo Paolo Clarino, Datuk Ong Kim Swee, jurulatih Laos, V. Sundramoorthy dan jurulatih China, Guus Hiddink bergambar bersama selepas sidang akhbar menjelang saingan kelayakan Kejohanan Piala AFC B-23.- IHSAN TM

KUALA LUMPUR 21 Mac - Jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee mengingatkan anak-anak buahnya agak tidak memandang sebelah mata terdahap dua seteru Asia Tenggara, Filipina dan Laos dalam kelayakan Kejohanan AFC B-23 bermula esok.
Jelasnya, ini kerana sukan bola sepak bagi kedua-dua pasukan terbabit semakin berkembang dan sudah pasti akan memberikan tentangan sengit kepada Malaysia.
“Filipina berkembang dengan pesat, bukan sahaja itu, Laos juga sama. Kami tidak boleh ambil mudah. Bagi saya mereka sangat mencabar.
“Lagi pun Filipina merupakan tuan rumah Sukan SEA tahun ini, sudah tentu mereka lipat gandakan usaha mereka untuk pasukannya.
“Apa pun kami akan pastikan bahawa kami akan mengutip mata maksimum esok,” kata Kim Swee dalam sidang akhbar menjelang pertembungan pertama mereka menentang Filipina pukul 8.45 malam di Stadium Shah Alam, esok.
Selain Filipina, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan J turut bakal berdepan Laos Ahad ini serta China dua hari berikutnya.
Juara setiap kumpulan bagi saingan kelayakan ini (11 pasukan) akan layak secara automatik ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2020 bersama tuan rumah, Thailand.
Hanya empat atau lima pasukan tempat kedua terbaik akan turut layak bagi melengkapkan senarai 16 pasukan.
Malaysia melakar sejarah mara ke suku akhir dalam penampilan sulung kejohanan di China, tahun lalu.- UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan