Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 27 Mac 2019

Keputusan 3 aksi kelayakan B-23 jadi persoalan


SETIAUSAHA Agung AFC, Datuk Windsor Paul John. - Foto Owee Ah Chun

KUALA LUMPUR: Tiga daripada empat slot pasukan tempat kedua terbaik yang layak ke pusingan akhir Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 tahun (B-23) di Bangkok tahun depan sudah pun terjawab apabila ianya diisi oleh tiga negara Arab.
Pasukan itu adalah Iran, Syria dan Arab Saudi namun yang menariknya semua perlawanan terakhir kumpulan membabitkan ketiga-tiga pasukan berkenaan semalam berakhir dengan keputusan seri. Satu lagi slot diisi Australia namun ianya berlangsung lebih awal berbanding aksi Malaysia dan China.
Sebelum perlawanan semalam, Malaysia turut muncul antara pasukan yang berpeluang merebut salah satu daripada empat slot pasukan tempat kedua terbaik yang akan layak ke pusingan akhir di Thailand itu.
Namun sejurus selepas perlawanan berkenaan, Iran dalam aksi terakhir terikat tanpa jaringan dengan Iraq manakala Syria berakhir 1-1 dengan Jordan dan aksi antara Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu turut berakhir 1-1.
Situasi itu mencetuskan persoalan adakah keputusan itu berlaku secara kebetulan atau pun sebaliknya kerana semua pasukan yang beraksi di Zon Barat itu akan beraksi lebih lewat berbanding waktu perlawanan membabitkan pasukan di Zon Timur.
Walaupun kejayaan sesebuah pasukan akan ditentukan oleh pemain ketika atas padang namun penggunaan format seperti itu dilihat masih ada kelonggaran dan adakah ia benar-benar memihak kepada pasukan di Timur Tengah?
Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John ketika diajukan soalan berkenaan berkata format yang digunakan sekarang sudah dipakai dalam pelbagai peringkat namun jika ada mana-mana negara yang tidak berpuas hati, mereka boleh memanjangkan hal berkenaan ke pengetahuan badan induk itu.
"Sekarang ini kami belum terima lagi sebarang laporan. Kalau dirasakan ia beri kelebihan kepada orang lain, format perlu ditukar atau pun mahu beri cadangan. Mereka kemukakan kepada kami dan kita bincang perkara ini dalam Jawatankuasa Pertandingan.
"Tidak ada masalah dan kami sedia terima dengan hati yang terbuka. Kami sentiasa terima cadangan positif yang boleh membantu pembangunan bola sepak," kata Windsor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan