Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 28 Mac 2019

'Henti meratap, fokus Sukan SEA'


KUALA LUMPUR: Perubahan format kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 yang berakhir Selasa lalu turut mendapat reaksi Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Peter De Roo yang melihat ia antara punca mengapa skuad negara gagal melepasi halangan peringkat kelayakan kali ini.
Jelas bekas pemain profesional di liga Belanda itu, tindakan Pakistan menarik diri di saat akhir nyata memberi kesan buruk kepada peluang skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee ketika mereka sepatutnya muncul sebagai empat pasukan naib juara terbaik daripada 11 kumpulan di belakang Australia, Iran dan Arab Saudi.
“Seperti mana yang dilaporkan media, faktor format kelayakan juga memainkan peranan apabila penarikan diri Pakistan pada saat akhir menjadikan perkiraan untuk empat pasukan tempat kedua terbaik menjadi lebih rumit. Ia sesuatu yang jelas di luar kawalan kita,” katanya.
Ujarnya lagi, skuad negara harus bangkit daripada kekecewaan itu dan mengalih fokus pada persiapan hadapi saingan Sukan SEA di Filipina hujung tahun ini.
“Justeru kita tidak harus terus meratapi kegagalan ini, sebaliknya perlu positif dan segera fokus untuk mempersiapkan pasukan muda negara ini bagi menghadapi Sukan SEA,” katanya.
Menerusi laporan Arena Metro semalam, pengkritik bola sepak tempatan, Serbegeth Singh menuduh AFC sebagai punca Malaysia gagal melangkah ke pusingan akhir di Bangkok, Thailand tahun depan.
Katanya, perubahan format yang hanya mengambil kira dua keputusan perlawanan berbanding tiga sebelum ini jelas membunuh semangat ‘fairplay’ kebanyakan pasukan bertanding yang sudah melaburkan wang untuk menghadapi kempen kelayakan terbabit.
Malah, perubahan format oleh AFC sebenarnya ‘membunuh’ permainan bola sepak di rantau ini dan mereka harus bertanggungjawab dengan ‘kemusnahan’ itu.
Jika dilihat perkiraan secara matematik, anak buah Kim Swee sebenarnya adalah calon terakhir daripada 16 pasukan yang layak jika semua aksi Kumpulan J diambil kira selepas menewaskan Filipina 3-0, Laos 1-0 dan seri 2-2 dengan China.
Ia akan meletakkan pasukan negara di tangga kedua terbaik daripada 11 kumpulan iaitu bersama Australia, Iran dan Arab Saudi sekali gus menolak Syria ke tangga kelima berikutan Malaysia mempunyai kelebihan enam gol berbanding Syria yang hanya merekodkan lima jaringan.
Dalam perkembangan sama, De Roo mengaku berpuas hati dengan prestasi skuad muda negara biarpun gagal mengulangi pencapaian skuad tahun lalu yang mara hingga ke suku akhir sebelum tumbang 2-1 kepada Korea Selatan.
“Apa yang dipersembahkan barisan pemain muda negara pada tiga perlawanan kelayakan terutama ketika mencatat keputusan seri 2-2 dengan China yang dianggap antara pasukan terkuat Asia yang dikendalikan Guus Hiddink, seharusnya diberikan pujian,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan