"Alhamdulillah, syukur dengan kemenangan pertama ini. Kemenangan ini memberi keyakinan kepada pasukan untuk aksi seterusnya. Saya berpuas hati dengan persembahan pasukan kerana kami mengikut taktikal jurulatih.
“Rezeki saya dapat menjaringkan dua gol. Terima kasih kepada rakan sepasukan. Saya berharap kami dapat mengekalkan prestasi cemerlang ini untuk pertemuan menentang Laos,” katanya kepada pemberita di Shah Alam, kelmarin.- UTUSAN ONLINE