Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 21 Mac 2019

FAM, MAS jalin kerjasama

HAMIDIN (tiga dari kiri) bersalaman dengan Izham (empat dari kiri)

HAMIDIN (tiga dari kiri) bersalaman dengan Izham (empat dari kiri) selepas majlis menandatangani MoU antara FAM dengan MAS di Kelana Jaya, hari ini.
KUALA LUMPUR 21 Mac - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas ini boleh terbang lebih tinggi selepas menjadi rakan kongsi bersama Malaysia Airlines Berhad (MAS) selama dua tahun.
Memorandum persefahaman (MoU) tersebut ditandatangani hari ini melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail dengan Presiden FAM, Datuk Hamidin Amin di Kelana Jaya.
Kerjasama itu bakal menyaksikan MAS dan FAM berganding bahu dalam aktiviti pemasaran dan promosi.
MAS juga akan dinamakan syarikat penerbangan rasmi untuk skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda.
“Sama seperti atlet, MAS adalah pembawa bendera negara di seluruh dunia. Perkongsian ini menandakan sokongan keseluruhan kami untuk pembangunan sukan negara.
“Sukan dan sokongan untuk Harimau Malaya melangkaui bangsa, agama, umur, dan perbezaan budaya.
“Kami mengalu-alukan hubungan yang saling menguntungkan yang bukan sahaja memberi kuasa pada atlet, pegawai, dan penganjur tetapi juga mengulangi komitmen kami untuk membina negara,” kata Izham dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Hamidin berkata, beliau amat gembira dapat menjalinkan kerjsama kembali dengan MAS.
“Apabila dua jenama kebangsaan bersatu, saya percaya langit adalah batasnya. Kami menyambut baik kehadiran semula MAS, yang menjadi salah satu penaja FAM pada masa lalu.
“Kami berasa bangga dapat dikaitkan dengan syarikat penerbangan nasional ini dan kami harap dapat memiliki perkongsian jangka panjang yang saling menguntungkan bagi kedua-dua pihak,” kata Hamidin.- UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan