Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 18 Mac 2019

FAM Akan Bentangkan Program Naturalisasi Pada 30 Mac Ini


Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Mohd Amin mengesahkan satu kertas kerja mengenai program naturalisasi pemain untuk skuad kebangsaan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Exco yang berlangsung pada 30 Mac ini di Pulau Pinang.

Menurut laporan Stadium Astro, program tersebut memerlukan penglibatan pihak kerajaan, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
“Kali ini, cadangan terakhir daripada komuniti telah disiapkan. Kami akan umumkan dalam mesyuarat exco seterusnya di Pulau Pinang pada 30 Mac.
Proses ini melibatkan FIFA, AFC, Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan konsep ini perlu dijelaskan kepada media serta peminat,” jelas Dato’ Hamidin.

Ketika ini, skuad Harimau Malaya diperkuatkan oleh seorang pemain naturalisasi kelahiran Gambia iaitu Mohamadou Sumareh yang membantu negara mara ke final Piala AFF Suzuki 2018.
FAM kini mempunyai perancangan untuk mengambil satu atau dua lagi pemain naturalisasi untuk membantu meningkatkan kualiti pasukan kebangsaan dan mencapai sasaran layak ke Piala Asia 2023.
Bagaimanapun, Hamidin menjelaskan perancangan itu adalah untuk jangka masa pendek sahaja sementara menunggu kelahiran bakat baharu tempatan daripada program pembangunan akar umbi.
“Bukan untuk kejayaan segera tetapi kita memang perlukan pemain naturalisasi. Kita juga mungkin tidak mahukan begitu ramai sehingga 20 atau 30 pemain.
“Apabila sampai masanya, kita akan berhenti (guna pemain naturalisasi), sebab itulah kita ada pelan jangka masa pendek, pertengahan dan panjang.
“Kita tidak mahu gagal seperti beberapa negara yang pernah mengambil pendekatan sama dan kita mengadakan kajian mendalam berhubung perkara ini,” katanya dalam Berita Harian.
Aksi Sumareh ketika menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil tahun lepas. FOTO: FAM
Berdasarkan peraturan FIFA, pemain tersebut perlu menetap di sesebuah negara dalam tempoh 5 tahun untuk melayakkannya menjadi pemain naturalisasi. Antara beberapa pemain yang dilihat berpotensi untuk ‘ditukar kerakyatan’ adalah penyerang import Kuala Lumpur, Guilherme de Paula dan pemain tengah Melaka United (MU), Liridon Krasniqi.
“Isu ini membabitkan kelulusan kerajaan kerana ada kriteria tertentu di mana mungkin ada keistimewaan untuk kes sebegini.
“Kita juga turut mengambil berat mengenai kebimbangan sekiranya pemain naturalisasi mengambil kesempatan mendapatkan pasport Malaysia untuk beraksi di negara lain,” jelas Hamidin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan