Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 18 Mac 2019

Dato’ Hamidin: Kita Perlu Atasi China Untuk Layak Ke Kejohanan AFC B-23


Tugas berat sedang menanti skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) apabila mereka diletakkan sasaran untuk layak ke kejohanan AFC B-23 di Thailand pada tahun 2020 secara merit.
Berdasarkan pencapaian terbaik mereka apabila mara ke suku akhir dalam saingan AFC B-23 tahun lalu dan kejayaan mengikat Australia B-23 dalam aksi persahabatan kelmarin, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu mampu mencipta satu lagi sejarah dan seterusnya memburu slot ke Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2020.
FOTO: FAM
Pada penampilan pertama AFC B-23 di China tahun lalu, skuad Malaysia ketika itu dibarisi oleh beberapa pemain berkualiti seperti Matthew Davies, Azam Azih, Irfan Zakaria, Adam Nor Azlin dan Thanabalan. Namun, mereka kini sudah melebihi usia 23 tahun dan berada dalam skuad senior.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin bagaimanapun yakin dengan kemampuan muka baharu yang dipanggil kali ini dan memberikan kata-kata semangat kepada para pemain dan pegawai di hotel penginapan pasukan di Petaling Jaya, semalam.
FOTO: FAM
Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah Timbalan Presiden FAM, Dato’ Sri Subahan Kamal selaku pengurus pasukan dan ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee.

“Saya mahu para pemain serta pegawai pasukan menanam tekad dalam diri masing-masing bahawa misi kita adalah untuk layak ke pusingan akhir di Thailand, tahun depan,” tegas Hamidin.

Malaysia yang diundi dalam kumpulan J akan membuka kempen kelayakan bertemu Filipina pada Jumaat, 22 Mac diikuti Laos pada Ahad, 24 Mac dan China pada Selasa, 26 Mac 2019. Semua perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

“Untuk itu, jangan pandang rendah terhadap Filipina dan Laos pada dua aksi awal. Selepas itu, kita perlu mengatasi China untuk layak dan gunakan sepenuhnya kelebihan sebagai tuan rumah bagi saingan kelayakan ini,” kata Dato’ Hamidin menerusi laman facebook rasmi FAM.
Datuk Ong Kim Swee dijangka akan mengumumkan 23 pemain terbaik yang membawa cabaran negara pada saingan kelayakan AFC B-23 pada Rabu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan