Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 27 Mac 2019

Apa perancangan selepas ini?

PEMAIN negara menyanyi lagu Negaraku di depan penyokong sejurus

PEMAIN negara menyanyi lagu Negaraku di depan penyokong sejurus tamat perlawanan menentang China di Stadium Shah Alam, kelmarin. utusan/Muhamad Iqbal Rosli.

KUALA LUMPUR 27 Mac - BIARPUN gagal ke pusingan akhir Kejuaraan AFC bawah 23 (B-23) dan kempunan hendak menamatkan kemarau 39 tahun iaitu kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik, namun legenda bola sepak tanah air, Khalid Ali percaya bola sepak negara mempunyai potensi besar.
Menurut Khalid, anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee menunjukkan prestasi baik sepanjang kempen kelayakan, malah melihat kepada pencapaian yang dilakar ketika mara ke suku akhir Kejuaraan AFC B-23 di China tahun lalu, Malaysia sebenarnya banyak meningkat dan mampu bers­aing di peringkat Asia.
Apa yang membimbangkan Khalid cuma satu, apakah momentum itu dapat dite­ruskan dan apa perancangan Persatuan Bolasepak malaysia (FAM) bagi meneruskan kesinambungan.
Dalam kata lain, FAM perlu mempunyai perancangan terbaik untuk memastikan apa yang sudah dibangunkan tidak tergelincir daripada landasan.
Kata Khalid, selain memberi tumpuan kepada pemain, menghantar sebanyak mungkin jurulatih tempatan me­nimba ilmu di luar negara juga antara kaedah terbaik yang boleh membantu meningkatkan kua­liti pemain jika mereka mahu memasang misi meraih tiket Sukan Olimpik 2024 di Paris.
“Saya rasa pengurusan perlu diprofesionalkan, supaya pemain juga dapat memotivasikan diri.
“Kemudian kita tengok perbezaan jurulatih luar dengan tempatan, sangat berbeza. Bagi saya, lebih baik FAM hantar 10 hingga 20 jurulatih ke luar negara demi kepentingan bola sepak negara.
“Sebab kalau mereka (jurulatih) bekerja hanya untuk memenangi pertandingan domestik, minda mereka tidak akan berkembang,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Ketika ditanya mengapa pembangunan jurulatih perlu diberi perhatian ­serius sama seperti pemain, Khalid berkata, kebanyakan pemain negara ber­aksi dalam liga domestik.
Itu bermakna, jurulatih akan membentuk mentaliti mereka sama ada hanya mempunyai pemikiran dalam kelompok ‘tempatan’ atau memasang sasaran lebih tinggi.
Ketika ini, hanya juara Liga Super lima musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki pencapaian dan pengalaman di peringkat lebih tinggi dengan bertanding dalam Liga Juara-Juara Asia musim ini, selain muncul juara Piala AFC 2015.
Sedangkan kebanyakan kelab tempatan lain sekadar bersaing merebut kejuaraan domestik.
Semalam, misi Malaysia untuk memburu tiket ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo lebur selepas gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Kejuaraan AFC B-23 - kejohanan yang menjadi platform untuk memburu tiket Olimpik
Keputusan seri 2-2 dengan China menyebabkan pasukan negara sekadar muncul naib juara Kumpulan J, dan mereka juga gagal menempatkan diri dalam kelompok empat naib juara terbaik.
Khalid yang muncul penjaring terbanyak ketika membawa Malaysia melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow mengakui, anak-anak buah Kim Swee mempunyai peningkatan, namun tidak memiliki kualiti untuk bertanding dalam Kejua­raan AFC B-23.
“Ya saya akui, menang ada peningkatan tetapi tidak sampai ke tahap yang terlalu membanggakan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan