CHINA memberi amaran kepada skuad negara kekuatan mereka sukar digugat apabila membelasah Filipina 8-0 pada aksi kelayakan Kejuaraan B-23 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Stadium Shah Alam, hari ini.
Skuad kendalian bekas pengurus Chelsea, Guus Hiddink itu tidak menunjukkan sebarang belas kasihan apabila mendahului 5-0 pada babak pertama aksi Kumpulan J itu.
China mendahului seawal minit kelima menerusi penyerang Shan Huanhuan sebelum disusuli gol kedua sumbangan pemain tengah Hu Jinghang 10 minit kemudian.
Mereka terus menambah derita Filipina apabila menyumbat tiga lagi gol menerusi Huang Cong, Lin Liangming dan Jinghang.
Pada babak kedua, Filipina yang dibimbing Salvador Salvacion lebih banyak berkampung di kawasan sendiri namun benteng mereka tetap goyah apabila China menambah tiga lagi gol menerusi pemain gantian Zhang Yuning (m-49 dan 90) serta Huanhuan (m-65).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan