Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 14 Disember 2018

Vietnam tak rela berputih mata

JURULATIH Vietnam, Park Hang-seo mengakui terdesak untuk menjulang kejuaraan Piala AFF bagi mengubati kegagalan tahun ini.
Pengendali kelahiran Korea Selatan itu masih memburu kejuaraan sulung sejak membimbing skuad senior dan bawah 23 tahun (B-23) pada 2017.
Cubaannya sebelum ini gagal selepas skuad B-23 Vietnam tumpas 1-2 kepada Uzbekistan di final Kejohanan AFC di China Januari lalu sebelum terkandas pada separuh akhir Sukan Asia Indonesia, September lalu.
Dan Hang-seo, bekas jurulatih kelab Changwon FC yakin ini detik terbaik untuk anak buahnya merangkul kejuaraan sebagai hadiah kepada penyokong.
“Kita gagal menjadi juara sebelum ini dan saya berharap kali ini impian itu akan terlaksana. 
“Esok perlawanan cukup penting, kita sudah membuat persiapan rapi. Pemain beraksi baik di Bukit Jalil dengan penyokong lebih 80,000 jadi saya percaya, esok penyokong Vietnam akan hadir memberikan sokongan padu kepada pemain,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan hari ini.
Skuad Naga Emas yang kini di ranking 100 dunia dalam landasan terbaik menjulang kejuaraan kedua selepas 2008 apabila hanya memerlukan seri 0-0 untuk mengecewakan Malaysia berdasarkan peraturan gol di tempat lawan.
Namun Hang-seo mahu kemenangan mutlak selepas mereka mensia-siakan peluang ketika Harimau Malaya bangkit mengikat kedudukan 2-2 pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu.
Beliau bukan saja mendapat sokongan penyokong Vietnam malah Korea Selatan apabila perlawanan final esok disiarkan secara langsung di negara kelahirannya.
“Saya gembira kerana mendapat sokongan daripada dua negara. Saya yakin kami akan beroleh kemenangan dan pemain cukup bersemangat untuk beraksi,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan