Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 12 Disember 2018

Ummi Nazeera Dedahkan Penjaga Tiket SNBJ Cuba Buat Duit Tepi


Belum pun reda isu penjualan tiket perlawanan akhir Piala Suzuki AFF, kini timbul satu lagi masalah apabila jumlah penyokong yang menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Vietnam semalam didapati melebihi jumlah sebenar kapasiti Stadium Nasional Bukit Jalil.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengumumkan 80,000 tiket perlawanan tersebut telah habis dijual. Tidak dapat dipastikan sekiranya jumlah tersebut membabitkan 3,000 tiket yang dikhususkan untuk penyokong Vietnam.
Namun yang kedatangan rasmi yang diumumkan di stadium semalam ialah 88,482 penonton yang hadir. Dari segi kapasiti, sudah ada lebihan 3,000 kehadiran di situ.

Maka timbul khabar angin di media sosial yang mendakwa terdapat beberapa penyokong berjaya masuk secara haram sehingga menyebabkan pemegang tiket yang sah tidak mendapat tempat duduk.
Malah, seorang pelakon terkenal tanah air, Ummi Nazeera turut membuat pendedahan melalui laman instagramnya mengenai penjaga tiket stadium yang tidak amanah dan cuba mengambil kesempatan dengan menjual balik tiket miliknya.
“Sewaktu nak masuk stadium, adik yang menjaga tiket ambil tiket kami sambil beri isyarat tangan suruh ‘masuk’. Saya dan rakan cakap itu tiket kami.
“Dia beritahu tak mengapa dan suruh masuk saja tanpa mengoyak tiket seolah-olah boleh dijual balik. Selepas bertegas dan saya mahukan tiket itu, baru dia koyak.
“Saya tak tahu apa motif sebenar tetapi kalau dijual balik saya berharap pihak terbabit kena ambil serius perkara ini,” katanya.
Kecewa digelar sebagai ‘Bangsa Final’
Beliau turut menyelar tindakan netizen yang mengelarkannya sebagai ‘bangsa final’ dan hanya membeli tiket perlawanan melalui kroni.
“Sejak perlawanan kumpulan lagi saya dan rakan sudah pergi ke stadium menyokong Harimau Malaya. Sejak itu ramai yang fitnah kami ditaja oleh Yang Berhormat.
“Sedangkan kami guna duit sendiri. Setiap sen yg digunakan adalah titik peluh kami. Alhamdulillah, tak ada ‘cable’ atau kroni yang terbabit. Saya ada bukti.
“Ramai yang tulis ‘bangsa final’ di IG saya dan rakan. Tolong tengok status dimuat naik sebelum ini. Kalau betul pun ada yang datang untuk final saja, apa salahnya. Lagi bagus sebab kita sama-sama sokong Harimau Malaya yang mewakili Malaysia.
“Jangan busuk hati tengok orang lain dapat lebih. Dalam Islam kita diajar untuk doakan mereka yang dapat apa dimahukan. Dan malaikat mengaminkan doa kita sambil mendoakan yang sama buat yang mendoakan,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan