Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 10 Disember 2018

Ulat Tiket: Ubah Mindset Kita


Mereka kembali. Mengambil peluang dan ruang yang ada. Kononnya bersusah payah beratur sejak pagi, datang dari jauh. Akhirnya melelong keratan tiket yang asalnya berharga RM40, mencecah dua kali ganda, ada juga ratusan ringgit.
Persoalan pengurusan dan mekanisme agihan tiket itu kita tolak tepi dahulu. Mereka yang mengurus lebih arif berkaitan itu. Hakikatnya kita yang berada di bawah, haruslah membawa pendirian yang sama, agar tidak terpengaruh dengan ulat tiket ini.
Berikut merupakan koleksi hujah, yang saya kira berlegar dalam kalangan pembeli berkaitan pembelian tiket daripada ulat tiket. Disertakan hujah balas ini sebagai pedoman:
“Turun stadium lain feel dia, tak kan nak tengok dekat rumah je?”
Ya benar, lebih feel apabila ke stadium. Akan tetapi, bukan dengan membeli dari ulat tiket. Nak feel, boleh ajak kawan ramai-ramai buat gathering. Layan skrin gergasi.
“Mereka kan penat beratur, datang dari jauh, bolehlah kira bayar kos untuk mereka.”
Persoalan pertamanya, atas arahan siapa mereka beratur berjam-jam di situ? Dah kalau tujuan asalnya memang nak untung lebih, lebih dari itu pon mereka sanggup. Usah beri sokongan pada mereka.
“Ala, apalah sangat markup 30 ke 40 ringgit pon, bukan tak ada duit.”
Inilah yang dinamakan dalam ekonomi sebagai ‘demand and supply’. Produk tak akan dijual melainkan dengan adanya permintaan daripada pelanggan. Hentikan demand terhadap mereka, maka mereka juga tak akan mampu menjual.
“Duit aku, aku punya pasal lah. Dah kenapa nak sibuk aku beli daripada ulat ke?”
Tak tahulah kot ada yang nak defend ulat sampai macam ini, tetapi duit itu kalau dimanfaatkan dengan cara lebih baik kan bagus. Bayangkan kalau satu taman perumahan ada 100 orang yang nak tengok, tapi tak dapat tiket, darabkan dengan harga tiket RM 40, dah boleh beli LCD projektor, buat tayangan perdana. Tak ke meriah?
“Yang kamu beria sangat tak bagi ni kenapa, haram ke saya beli ni? Ada hukum ke?”
Mohon simpang kalau ada yang berfikiran begini dan mulalah bertaubat. SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohd. Al-Bakri, telah pun mengulas isu ulat tiket ini setahun yang lepas ketika penganjuran Sukan SEA 2017 (Bayyan Linnas Siri ke-111: Fenomena Ulat Tiket di Stadium: Satu Pandangan). Penjelasan oleh beliau sangatlah lengkap dan komprehensif yang menyatakan bahawa perbuatan ulat tiket ini sangatlah tidak bermoral bahkan memberi mudarat kepada pembeli, yang mana memudaratkan orang lain adalah salah di sisi agama.
Budaya ulat tiket ini sudah bersarang terlalu lama dalam masyarakat kita. Tidak dinafikan bahawa pihak berkuasa yang perlu lebih ke hadapan membendung gejala ridak sihat ini. Namun, sebagai individu yang sayangkan bola sepak tanah air, tiada siapa yang mampu mengubah pola pemikiran kita, melainkan bermula dengan diri kita sendiri. Semoga pencerahan ini, dapat menanam suatu mindset yang betul, agar selepas ini tiada lagi yang menyokong, mahupun bercita-cita menjadi ulat tiket. Tunjukkan sokongan kepada pasukan kebanggaan kita, walau dari mana kalian menonton, bahawa rakyat Malaysia tak akan sesekali tunduk, kepada ulat tiket yang kapitalis, dan mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Saya akhiri penulisan ini dengan sedikit petikan tulisan SS. Datuk Seri Dr. Zulkifli buat renungan semua:
“Semoga dengan pencerahan ini menjadikan kita lebih prihatin dan cakna kepada isu semasa yang kadang-kadang menyusahkan masyarakat dan orang ramai dengan tindak-tanduk segelintir yang berkepentingan kepada diri sendiri semata-mata. Majulah sukan untuk mencapai redha Allah.”
Fahmi Arbain
Mahasiswa Perakaunan Tahun 3, USIM
#MASVIE
#AFFSuzuki2018
#SayNoToUlatTiket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan