PRESIDEN PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM) , DATO' HAJI HAMIDIN HAJI MOHD AMIN TELAH MENGAMBIL INISIATIF BAGI MENAIKKAN SEMANGAT SKUAD HARIMAU MALAYA MENJELANG FINAL 1 PIALA SUZUKI AFF 2018 MENENTANG VIETNAM DI STADIUM NASIONAL, BUKIT JALIL, 8.45 MALAM INI DENGAN MEMBAWAKAN KHAS 'AURA JUARA 2010' KETIKA PARA PEMAIN BERSARAPAN, PAGI TADI.
TETAMU KHAS YANG DIUNDANG ADALAH BEKAS KETUA JURULATIH KEBANGSAAN, DATUK K RAJAGOBAL YANG MERUPAKAN PENGENDALI SKUAD HARIMAU MALAYA KETIKA MALAYSIA MENJULANG TROFI KEJUARAAN PIALA SUZUKI AFF BUAT KALI PERTAMA DALAM SEJARAH PADA TAHUN 2010 SELEPAS MENEWASKAN INDONESIA.
RAJAGOBAL SEMPAT MEMBERIKAN KATA-KATA SEMANGAT DAN MOTIVASI BUAT PARA PEMAIN, BEGITU JUGA TIMBALAN PRESIDEN FAM, DATO' SRI SUBAHAN KAMAL YANG MERUPAKAN PENGURUS PASUKAN SKUAD JUARA 2010 ITU.
TURUT HADIR, SEORANG LAGI TIMBALAN PRESIDEN FAM, DATUK WIRA YUSOFF MAHADI SELAKU PENGURUS PASUKAN, DATO POSA MAJAIS SELAKU PENOLONG PENGURUS PASUKAN DAN JUGA KETUA JURULATIH KEBANGSAAN, TAN CHENG HOE SERTA BARISAN KEJURULATIHAN DAN PARA PEGAWAI PASUKAN.
#FAM
#HARIMAUMALAYA
#AFFSUZUKICUP18
Tiada ulasan:
Catat Ulasan