Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 13 Disember 2018

Trio ‘ASS’ legakan Harimau Malaya

AIDIL ZAFUAN ABD. RADZAK (kiri) dan Syazwan Andik bersedia memperkuatkan

AIDIL ZAFUAN ABD. RADZAK (kiri) dan Syazwan Andik bersedia memperkuatkan semula benteng Malaysia, Sabtu ini.

SEPANG 13 Dis. – Benteng pertahanan Harimau Malaya bakal kembali utuh dengan kemba­linya tiga tonggak utama daripada penggantungan dan kecederaan menjelang final kedua Piala AFF 2018 di Stadium My Dinh, Hanoi, Sabtu ini.
Aidil Zafuan Abd Radzak (pertahanan tengah), Syazwan Andik Ishak (bek kiri) dan bek kanan, Syahmi Safari (penggantungan) tidak dapat diturunkan dalam final pertama di Bukit Jalil, Selasa lalu yang menyaksikan keputusan berakhir 2-2.
–– ADVERTISEMENT ––

Kepulangan trio tersebut melegakan Tan Cheng Hoe, terutama selepas melihat benteng pasukannya agak longgar dalam per­lawanan itu hingga membenarkan lawan memperoleh dua jaringan pantas di babak pertama.
“Harap dengan kembalinya tiga tonggak ini, ia dapat menguatkan pertahanan kita.
“Namun, Vietnam tetap pa­sukan yang bahaya kerana memiliki serangan pantas, selain cepat mengambil peluang apabila lawan melakukan kesilapan.
“Pemain perlu lebih fokus untuk mengelak lawan mendapat gol mudah seperti dalam perlawanan sebelum ini,” katanya ketika ditemui sebelum berlepas ke Hanoi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Cheng Hoe juga tidak menolak akan melakukan perubahan formasi, terutama di bahagian pertahanan negara yang tampak rapuh dan mudah dibolosi sebelum ini.
“Pemain juga sudah tahu keadaan cuaca di sana, mungkin hujan atau sejuk, jadi mereka kena bersedia menyesuaikan diri,” ujarnya lagi.
Malaysia hanya perlu menang 1-0 untuk menjulang Piala AFF buat kali kedua dalam tempoh lapan tahun, selepas kali pertama bergelar juara di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal pada 2010.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut serta ke Hanoi mengakui, kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang untuk muncul juara buat kali kedua.
“Apabila keputusan seri 2-2 sebelum ini, mungkin ada penyokong berpendapat peluang kita tipis (untuk muncul juara) di Hanoi tetapi dalam bola sepak, apa pun boleh terjadi macam ketika kita mengalahkan Thailand (separuh akhir),” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan