Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 7 Disember 2018

Tiket online Malaysia lawan Vietnam habis, peminat mahu penambahbaikan sistem jualan


Hari kedua jualan tiket online perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia menentang Vietnam dan sekali lagi tiket laris seperti pisang goreng panas. Tidak lama selepas kaunter jualan online dibuka, laman web Tickethotline.com.my terus diserbu oleh penyokong yang mahukan tiket.
Ramai penyokong dilihat kecewa kerana tidak berjaya membeli tiket dan rata-rata tidak berpuas hati dengan sistem jualan yang digunakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Melihat di media sosial, ramai penyokong mengadu bahawa biarpun sudah beberapa kali mencuba dan menggunakan banyak cara tetapi tidak berjaya melepasi laman jualan tiket. Selepas mencuba beberapa kali akhirnya tertera tulisan tiket sudah habis dijual.

FAM mula menjual tiket perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 pada hari Jumaat dengan 30,000 keping tiket habis terjual. Baki 10,000 pula habis dijual tidak sampai satu jam selepas kaunter dibuka. Tiket-tiket fizikal pula akan mula dijual pada hari Ahad di lokasi-lokasi yang akan diumumkan oleh FAM.
Semoga FAM akan mendengar rungutan penyokong-penyokong mengenai kelemahan sistem jualan tiket untuk perlawanan akhir ini dan memperbaikinya di masa hadapan untuk kesenangan semua pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan