Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 7 Disember 2018

Berita Kurang Baik : Aidil, Syazwan Dan Safawi Dalam Senarai Kecederaan

Penyerang Harimau Malaya, Safawi Rashid menyertai dua lagi rakan sepasukannya untuk menjalani sesi pemulihan selepas mengalami sakit di bahagian belakang akibat dirempuh pemain Thailand ketika beraksi dalam separuh akhir kedua Piala AFF, Rabu lalu.
  

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata akibat daripada rempuhan tersebut, tahap kecergasan Safawi perlu dipantau begitu juga dengan dua lagi rakannya.

"Aidil Zafuan (Abd. Razak) masih belum cergas 100 peratus begitu juga dengan Syazwan Andik dan terbaharu Safawi mengalami sakit belakang badan selepas dirempuh oleh pemain Thailand Nombor 11 (Mongkol Thosakrai)," katanya.

Aidil Zafuan buat pertama kali tidak bermain penuh masa ketika menentang Thailand. Beliau dikeluarkan selepas mengalami kecederaan di minit ke-18 perlawanan dan digantikan dengan Irfan Zakaria.

Artikel Penuh: Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan