Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 12 Disember 2018

Stadium terlebih kapasiti, bencana yang menunggu untuk berlaku


Bagai bencana yang menunggu untuk berlaku.
Itulah yang boleh dikatakan mengenai keadaan di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil semasa perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dan Vietnam semalam.
Tidak, bencana ini bukannya datang dari barisan serangan Vietnam, tetapi bencana ini boleh terjadi kerana penyokong dan pihak pengurusan stadium. Biarpun diumumkan kehadiran penyokong semalam adalah sekitar 88,000, tetapi bagi siapa yang hadir, mereka tahu bahawa jumlah itu tidak tepat.
Melihat kepada jumlah penyokong yang membanjiri stadium sehingga ramai yang duduk di tangga dan kawasan-kawasan lain, dianggarkan jumlah penyokong boleh melebihi kapasiti sebenar Stadium Nasional Bukit Jalil. Bahkan, tempat duduk penyokong Vietnam juga kelihatan terlalu padat sehingga ramai yang terpaksa duduk di ruangan media.
Ramai penyokong yang mengadu mengenai individu-individu yang masuk tanpa tiket atau menggunakan tiket yang sama untuk individu berbeza. Perkara seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana ini boleh mengundang bencana di masa hadapan. Mungkin ianya tidak berlaku malam tadi, tetapi jangan kita menunggu bencana berlaku baru hendak melakukan sesuatu.
Dengan hampir kesemua tangga dipenuhi penyokong yang tiada tempat duduk, bayangkan jika ada kecemasan dan tiada laluan keluar untuk penyokong. Pasti ramai yang akan terkorban jika itu berlaku.
Pihak Perbadanan Stadium dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu meneliti apa yang berlaku pada malam tadi. Banyak penambahbaikan boleh dilakukan di masa hadapan. Antara cadangan yang boleh diperhalusi adalah sistem tempat duduk bernombor bagi memastikan semua yang membeli tiket ada tempat duduk.
Bagi penyokong pula, kita juga perlu mengubah mentaliti. Ini bukan masalah pengurusan semata-mata. Janganlah kita terlalu mahu menyaksikan perlawanan di stadium sehingga melakukan perkara yang salah. Masuk tanpa tiket dan membayar petugas untuk masuk itu sudah boleh dikira sebagai rasuah. Anda mungkin gembira, tetapi jangan kerana anda ramai yang akan berduka.
Selepas Piala AFF Suzuki 2018 ini, semoga semua gejala ini akan dapat diatasi. Kita akan menanti dan melihat adakah perkara ini akan dapat berubah apabila ada perlawanan yang besar pada tahun hadapan seperti perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan