Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 12 Disember 2018

Adam Nor Azlin Wajar Diberikan Peluang

Azlin

Keputusan seri 2-2 yang diraih oleh skuad Harimau Malaya pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 diwarnai oleh aksi yang sedikit leka di bahagian pertahanan pada separuh masa pertama. Untuk menyelesaikan masalah ini, penulis berpendapat Adam Nor Azlin wajar diberikan peluang untuk tampil dalam kesebelasan utama.
Adam dimasukkan pada penghujung separuh masa pertama dimana beliau menggantikan Nazirul Naim yang mengalami kecederaan. Meskipun diletakkan di posisi pertahanan kiri, namun perkara tersebut tidak menjadi penghalang untuk Adam beraksi dengan cemerlang.
Adam kerap kali mematahkan gerakan serangan yang dilancarkan pihak lawan dengan melalukan tackle kemas dan menutup segala ruang di sebelah kiri pasukan. Selain beraksi cemerlang ketika bertahan, Adam juga berjaya membantu barisan serangan negara ketika cuba untuk mencari gol.
Melihat kepada persembahan yang ditampilkan oleh Adam Nor Azlin, penulis berpendapat beliau wajar diberikan peluang untuk tampil dalam kesebelasan utama pasukan negara pada perlawanan akhir kedua di Hanoi pada Sabtu ini.
Jika pertahanan senior negara, Aidil Zafuan Abdul Razak gagal untuk pulih daripada kecederaan yang dialami menjelang perlawanan akhir kedua, maka Tan Cheng Hoe boleh menggandingkan Adam bersama Shahrul Saad di posisi pertahanan tengah.
Satu lagi senario ialah jika Syazwan Andik Ishak dan Nazirul Naim Che Hashim juga gagal untuk pulih daripada kecederaan menjelang perlawanan Sabtu ini, maka Adam boleh diturunkan di posisi pertahanan kiri.
Penting untuk pasukan negara mempertingkatkan barisan pertahanan kerana Vietnam dilihat mudah untuk mengkucar-kacirkan benteng pertahanan terutamanya pada separuh masa pertama. Apatah lagi ketika Vietnam melancarkan serangan balas. Mereka sangat berbahaya dan sedikit kesilapan boleh membawa padah.
Apa yang pasti, tempoh rehat selama empat hari harus digunakan dengan sebaik mungkin oleh Tan Cheng Hoe untuk memperbaiki segala kelemahan yang dikenal pasti pada perlawanan semalam. Penting untuk skuad Harimau Malaya tampil lebih kemas bagi memastikan trofi Piala AFF Suzuki edisi kali ini dapat dibawa pulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan