Sekitar Sambutan Kepulangan Skuad Harimau Malaya Selepas Muncul Naib Juara Piala Suzuki AFF 2018
Skuad Harimau Malaya selamat tiba di KLIA pada petang tadi tepat jam 5.49 petang menaiki pesawat MH753 dan disambut meriah oleh penyokong serta kakitangan Proton dan 100Plus. Turut hadir menyambut ketibaan mereka ialah Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, Dato Abdul Rashid Musa.
Para pemain kemudian dibawa ke Stadium Nasional Bukit Jalil menaiki kereta keluaran terbaru Proton, X70 sebelum menaiki bas ke Dataran Merdeka untuk sesi apresiasi bersama penyokong Harimau Malaya.




















Tiada ulasan:
Catat Ulasan