Berikut adalah hasil temubual wartawan Nadi Arena bersama Safawi Rasid.
"Kami pernah bertemu mereka di peringkat kumpulan, sedikit-sebanyak kami tahu corak permainan mereka.” kata Safawi Rasid
"Kami sudah pun memulakan persiapan untuk berdepan mereka dalam pertemuan pertama perlawanan akhir nanti.
"Kami akan cuba sekat perancangan mereka dan menggunakan kelebihan yang kami ada berlandaskan taktikal jurulatih," Safawi Rasid ketik ditemuramah oleh Nadi Arena.
"Saya tidak akan berputus asa dan akan terus mencuba.
"Saya cuma perlu bersabar menantikan rezeki saya.
"Walaupun saya memenangi tiga gelaran dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 -- Pemain Paling Bernilai, Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Muda Harapan -- itu masih tidak mencukupi dan saya bertekad untuk melengkapkan gemilang tahun ini dengan mendakap Piala AFF," tambahnya.
"Saya ingin merakamkan terima kasih kepada penyokong Malaysia yang hadir di Bangkok tempoh hari. Kami amat gembira dengan kejayaan di Thailand kerana sudah lama tidak mengecapi kemenangan di sana.
"Kami berjaya melakar keputusan yang baik untuk melangkah ke final.
"Peminat tidak jemu-jemu memberi sokongan padu di Bangkok serta peminat di tanah air yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan kami," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan