Sebelum ini Ketua Kumpulan Pegawai AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pernah mengumumkan penambahan penerbangan di antara Kuala Lumpur dan Hanoi untuk memenuhi permintaan penyokong skuad Harimau Malaya yang akan berkunjung ke Vietnam untuk perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018.
Selain daripada tambahan penerbangan tersebut, Tony turut mengumumkan harga tiket penerbangan khas RM450 – khusus untuk penerbangan pergi dan balik penyokong ke negara berkenaan.
Khabar gembira
Kini ada tambahan perkhabaran gembira buat ‘ekor’ Harimau Malaya yang sudah mengesahkan tempahan masing-masing.
Dalam satu kenyataan di laman Twitter beliau semalam, Tony mengumumkan AirAsia akan mengembalikan sejumlah wang dari harga tiket yang dibayar.
Petronas tampil sebagai penaja
Ini berikutan pengumuman oleh Petronas Berhad yang tampil sebagai penaja rasmi bahan bakar, khusus untuk penerbangan AirAsia ke Hanoi.
Pengumuman tersebut diumumkan oleh Petronas sendiri, juga melalui akaun Twitter rasmi syarikat petroleum negara tersebut.
Memuji langkah yang diambil oleh Petronas tanpa perlu diminta, Tony turut mengharapkan lebih ramai pihak boleh terlibat boleh tampil untuk menghulurkan tajaan – atau mengurangkan cukai lapangan terbang misalnya oleh pihak berwajib – demi semangat Malaysia.
Pasukan negara yang mencatatkan keputusan seri 2-2 di perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa lalu memerlukan kemenangan untuk berpeluang meraih kejuaraan tersebut pada tahun ini.
Walaupun dianggap sebagai misi sukar, ribuan penyokong dari Malaysia dijangka hadir melalui jalan darat dan penerbangan, termasuk yang disediakan oleh AirAsia.
Walaupun dianggap sebagai misi sukar, ribuan penyokong dari Malaysia dijangka hadir melalui jalan darat dan penerbangan, termasuk yang disediakan oleh AirAsia.
Kumpulan penyokong Ultras Malaya sebelum ini mengesahkan semua tempahan melalui AirAsia untuk penerbangan ke Hanoi – untuk memberi sokongan kepada pasukan negara – sudah pun penuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan