Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 13 Disember 2018

'Berfikir sebagai juara, bertindak sebagai juara'


HASNAN Hasim

Kolum Apa kata Penyokong Harimau Malaya
Oleh Hasnan Hasim
Penyokong skuad Harimau Malaya
SEBAGAI rakyat Malaysia pasti semua inginkan kemenangan buat skuad Harimau Malaya. Sebagai penyokong setia yang dahagakan kemenangan pasukan kebangsaan, pastinya detik ini yang mereka tunggu-tunggu.
Aksi pertama perlawanan akhir menyaksikan kebangkitan Harimau Malaya dari ketinggalan 2-0 sebelum menyamakan kedudukan. Ia seperti seekor harimau yang disakiti, menganas menerkam mangsanya. Pastinya Harimau Malaya akan terus bangkit membaham pada aksi kedua esok.
Saya mengikuti perkembangan bola sepak Malaysia dari era 1990an hingga kini, amat mengharapkan sesuatu yang membangakan buat pasukan kebangsaan.
Seharusnya kita lupakan kisah silam yang gelap dan membentuk satu keyakinan baru dimensi betapa bola sepak Malaysia boleh diubah kepada satu sukan yang membanggakan di peringkat antarabangsa bermula dengan menjadi juara di peringkat Asia Tenggara.
Namun jika langkah pertama ini gagal, usah bermimpi untuk kita ke Piala Dunia mahu pun Piala Asia.
Justeru dengan peningkatan yang semakin meyakinkan berbanding perlawanan sebelum ini, saya optimis pemain kita sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal mendepani pasukan Vietnam di gelangan mereka.
Pemain pasti tidak kekok kerana pada perlawanan peringkat kumpulan, mereka sudah bermain di stadium yang sama berdepan dengan sorakan penyokong lawan yang ramai sekali gus bukan lagi alasan untuk kita tidak yakin menang .
Kunci utama mencapai kejayaan adalah memastikan pertahanan negara berada dalam keadaan siap siaga dengan apa juga corak serangan lawan. Sudah pasti pula untuk bahagian serangan, dilihat pemainan Vietnam akan lebih kasar di perlawanan ini.
Mereka akan memastikan kelincahan penyerang Malaysia dapat dibendung dengan apa cara sekalipun dan ini boleh mendatangkan risiko kecederaan pada pemain Malaysia tapi itu bukan alasan untuk kita kalah psikologi permainan Vietnam.
Misi Harimau Malaya adalah untuk menang di Hanoi. Tiada jawapan lain yang boleh diberi oleh pemain yang bertandang ke sana. Berfikir sebagai juara, bertindak sebagai juara. Tiada apa yang mustahil jika berusaha .
Saya sendiri bersemangat untuk ke Hanoi bagi menyokong skuad Harimau Malaya. Walaupun kami sedikit tetapi kami tetap ada bersama pasukan sebagai `ekor’ yang setia. Moga wang ringgit dan keringat kami ini terbayar dengan kejuaraan pasukan kita di sana.
Akhir kata `selamanya Harimau Malaya selagi kita bernyawa, oh Malaysia, kau kebanggaanku’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan