Pengerusi PSM, Tan Sri Tony Fernandes berkata, bagi semua acara yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), atas permohonan yang dibuat, pihaknya membenarkan badan sukan berkenaan menguruskan kemasukan penonton di semua pintu masuk Stadium Nasional.
“PSM mempunyai maklumat yang sahih tentang kecuaian beberapa petugas yang mengawal kemasukan penonton di pintu-pintu masuk stadium yang merupakan punca utama berlakunya lebihan penonton di dalam stadium.
“PSM kini sedang dalam proses mengumpulkan maklumat pengurusan dan kawalan keselamatan penonton melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Maklumat ini akan dikongsi dengan pihak FAM ketika sesi post-mortem bersama FAM nanti.- UTUSAN ONLINE