Paling mengejutkan, menurut laporan media Vietnam, perlawanan akhir pertama antara Malaysia dan Vietnam pada Selasa lalu mencatat rekod baharu penonton di Korea.
Dalam laporan VnExpress, sebanyak 2.8 juta penonton di Korea menyaksikan pertarungan tersebut yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil menerusi televisyen.
Sementara itu, menurut laporan media Korea, Hankyoreh Daily jumlah mengejutkan itu disebabkan pengendali Vietnam, Park Hang-seo merupakan bekas jurulatih Taeguk Warriors b-23.
“Sangat luar biasa bagi kejohanan di Asia Tenggara disiarkan di negara ini. Tetapi sejak Park Hang-seo menjadi jurulatih Naga Emas, ada permintaan yang baik untuk perlawanan bola sepak Vietnam di negara ini,” ujar laporan itu.- UTUSAN ONLINE