PEMAIN tengah Vietnam Doan Van Hau (kiri) dan penyerang Filipina Patrick Reichelt berebut bola dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium My Dinh, Hanoi malam ini.- AFP
KUALA LUMPUR 6 Dis. - Malaysia sah berdepan Vietnam dalam perebutan gelaran juara Piala AFF 2018 selepas skuad Naga Emas menewaskan Filipina 2-1 di separuh akhir kedua menerusi agregat 4-2 di Stadium Nasional, My Dinh, Hanoi sebentar tadi.
Nguyen Quang Hai dan Nguyen Cong Phuong terdahulu meletakkan tuan rumah di depan masing-masing pada minit ke-83 dan 87 sebelum James Joseph Younghusband menjaringkan gol saguhati seminit sebelum wisel penamat.
Skuad Harimau Malaya bakal menerima kunjungan Vietnam pada Selasa ini dalam aksi final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum masing-masing menetukan perebutan gelaran di Hanoi empat hari kemudian.
Untuk rekod, Malaysia tewas 0-2 di tangan Vietnam dalam aksi peringkat Kumpulan A di Stadium Nasional pada 16 November lalu.- UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan