Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 6 Disember 2018

Hamidin : TMJ Berhak Diberikan Penghargaan Atas Kejayaan Harimau Malaya – FoxSportsAsia

Melalui berita buletin Fox Sports Asia melaporkan bahawa DYAM TMJ berhak di beri penghargaan atas kejayaan Harimau Malaya mara ke Final Piala AFF Suzuki 2018 menentang sama ada Filipina atau Vietnam. Berikut seterusnya laporan berita tersebut :

Foto : FAM
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Mohd Amin merasakan bekas ‘bos’ beliau iaitu Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim wajar diberikan penghargaan yang sewajarnya di atas kejayaan Harimau Malaya layak ke final Piala AFF Suzuki 2018.

Berkata melalui laman Facebook FAM, beliau mempunyai beberapa sebab untuk memberikan penghargaan sewajarnya kepada mantan Presiden FAM.



“Pertamanya, Cheng Hoe telah dilantik sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan sebelum dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih menggantikan Nelo Vingada pada Disember tahun lalu, iaitu ketika Tunku Ismail masih menjadi Presiden FAM. Ini menunjukkan kesinambungan percaturan yang dicetuskan baginda apabila ia kini sudah membuahkan hasilnya.

“Keduanya, mungkin ramai yang tidak tahu biarpun sudah hampir sembilan bulan Tunku Ismail meletak jawatan sebagai Presiden FAM, baginda merupakan individu di belakang tabir yang sentiasa bersama saya dengan memberikan pelbagai bentuk sokongan untuk meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan.

“Ketiganya, sudah tentu perjumpaan khas antara Tunku Ismail dan barisan pemain serta pegawai skuad Harimau Malaya di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada 4 November lalu, iaitu sebelum bermulanya kempen Piala Suzuki AFF 2018 seakan membawa ‘tuah’ untuk terus bersama skuad Harimau Malaya, insya-Allah sehingga pada kedua-dua aksi final pada 11 dan 15 Disember ini.” tulisnya di laman Facebook FAM.

Malah TMJ melalui akaun twitter baginda turut meraikan kejayaan Harimau Malaya layak ke saingan akhir Piala AFF Suzuki 2018 setelah mengenepikan juara bertahan, Thailand pada malam tadi.

Dalam tweet berkenaan, beliau sempat berjenaka dengan ‘mendakwa’ percaturan baginda meletakkan Tan Cheng Hoe selaku penolong dan disusuli ketua jurulatih telah membuahkan hasilnya.

Termasuk juga percaturan baginda dalam meletakkan Datuk Ong Kim Swee dan Bojan Hodak masing-masing di pasukan Malaysia B-23 dan B-19 yang telah berjaya mara ke saingan peringkat asia.

Sekaligus menepis kecaman oleh sebahagian penyokong Malaysia yang mempersoalkan percaturan baginda sewaktu menjawat jawatan Presiden FAM tahun lalu.

Artikel Penuh : Fox Sports Asia
Yyyyaaaaaarrrghghhhhhhh... Who put TCH there, OKS in under23, and Bojan in under19. All did extremely well. Claim jangan tak claim.. haha.. Congrats Malaysia and FAM. Love, TMJ
4,704 people are talking about this

Tiada ulasan:

Catat Ulasan