Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 6 Disember 2018

Farizal ! Apa Kamu Baca Terkomat-Kamit Sampai Tak Henti-Henti Tu ? Alhamdulillah !

Tahniah Harimau Malaya kerana mara ke final Piala AFF Suzuki 2018 malam tadi selepas berjaya mengikat Thailand dengan aggregat 2-2, namun jaringan tempat lawan memihak kepada Malaysia.

Berkat doa,  kesungguhan dan komitmen setiap pemain barisan pasukan Malaysia, mereka berjaya akhirnya.

Farizal Marlias merupakan salah seorang tonggak di barisan terakhir pertahanan Malaysia. Banyak percubaan serangan dan percaturan pasukn Thailand dapat dipatahkan oleh Farizal.

Pengalaman beliau 4 tahun berturut-turut bermain dalam peringkat Asia seperti Piala AFC dan AFC Champions League (ACL) memberikan Farizal pengalaman yang sukar diperolehi oleh barisan penjaga gol Malaysia yang lain.

Bersaing dalam AFC Cup dari 2015 melawan pasukan yang rata-rata dari Asia Tenggara kecuali final Piala AFC menentang Istiklol FC.



Bersaing juga dalam AFC Champions League walaupun hanya diperingkat kelayakan majoritinya melawan pasukan dari Thailand. Muangthong United, Bangkok United serta Gamba Osaka, menjadikan Farizal pilihan utama dan tepat jurulatih HM, Tan Cheng Hoe. Turut juga melawan Bangkok Glass (Hong Kong) dan Bengaluru (India).

Situasi kritikal Malaysia malam tadi adalah ketika Thailand dihadiahkan sepakan penalti disaat-saat akhir tambahan masa perlawanan. Farizal dilihat tidak putus-putus berdoa agar sepakan Adisak itu dapat diselamatkan atau tersasar. Alhamdulillah doa Farizal dan semua penyokong Harimau Malaya termakbul malam tadi.



Terkenang masa itu pada tahun 2017, Farizal berhadapan dengan Bangkok Unitedsehingga ke sepakan penalti sebagai penentuan. Farizal berjaya memenangi sepakan penalti itu yang turut dibantu oleh S. Kunanlan yang nengarahkan Farizal ke satu arah.

Malam tadi nasib sekali lagi menyebelahi Farizal. Turut dilihat Farizal tak henti-henti konat-kamit mulutnya membaca sesuatu. Berkat dia Farizal dimakbulkan ALLAH. Sepakan Adisak terus melambung ke atas palang gol Malaysia.

Sudah ditakdirkan Malaysia seri malam tadi dan bola juga ditakdirkan tidak masuk (sama ada dapat diselamatkan okeh Farizal atau tersasar)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan