Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 9 Disember 2018

Biar poket kering, janji ikut Harimau Malaya


KUALA LUMPUR: “Biar poket kering asalkan dapat sokong Malaysia di final!,” kata penyokong Harimau Malaya, Mohamad Akmal Mohd Amin.
Pekerja swasta berusia 28 tahun itu mengakui sedia melepaskan beberapa barangan peribadinya hanya semata-mata untuk menampung dana bagi menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala AFF 2018 di Hanoi, Sabtu ini.
Katanya, satu kerugian yang amat besar seandainya dia terlepas peluang keemasan itu memandangkan dia menyaksikan semua perlawanan pada edisi kali ini termasuk di Phnom Penh, Hanoi dan Bangkok.
“Selepas memberikan sokongan bagi semua perlawanan termasuk yang berlangsung di luar, sudah tentu ralat jika tidak memberikan sokongan pada perlawanan akhir.
“Mungkin saya berpeluang menyaksikan pemain negara menjulang trofi itu di depan mata saya sendiri sekiranya rezeki memihak Harimau Malaya,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai wang yang sudah dibelanjakan, Akmal menjelaskan dia sudah menghabiskan hampir RM4,000 bagi menyaksikan tiga perlawanan di gelanggang lawan.
“Kebanyakan perbelanjaan daripada simpanan sendiri dan kadang-kadang saya terpaksa melepaskan koleksi peribadi seperti mafla dan baju jika berdepan kekangan dana.
“Apalah sangat kerana wang boleh dicari tapi peluang menyaksikan Malaysia pada final tidak selalu diperoleh,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan