Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 10 Disember 2018

AirAsia Sedia Tawar Penerbangan Khas Ke Hanoi

AirAsia

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia sedia untuk menawarkan penerbangan khas bagi penyokong yang mahu berkunjung ke Hanoi untuk menyaksikan perlawanan akhir kedua saingan Piala AFF Suzuki 2018.
Perkara ini disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes. Bagaimanapun, Tan Sri Tony masih belum pasti jumlah pesawat yang bakal disediakan kerana ianya memerlukan kelulusan dari pihak berkuasa lapangan terbang Hanoi di samping prestasi pasukan negara dalam perlawanan final pertama pada esok.
Menurut Tan Sri Tony, penerbangan ini sedikit-sebanyak boleh menyemarakkan lagi semangat pemain kerana ada sokongan padu daripada penyokong setia walaupun beraksi di tempat lawan.
“Kita akan menggunakan pesawat yang lebih besar jika diberi kelulusan di samping akan turut menambah bilangan pesawat.
“Buat masa ini kita tidak pasti lagi jumlahnya tetapi penting untuk kita lihat bagaimana persembahan skuad negara pada lusa dan jika prestasi mereka cemerlang sudah pasti ramai penyokong mahu bertandang ke Hanoi,” katanya menurut laporan Utusan Online.
Sebelum ini, AirAsia menubuhkan inisiatif untuk memberikan penerbangan khas buat para penyokong Harimau Malaya khususnya ahli Ultras Maaya ketika perlawanan separuh akhir kedua di Bangkok minggu lalu.
Inisiatif tersebut nyata mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penyokong dan mereka berharap perkara itu boleh direalisasikan sekali lagi apabila Malaysia berkunjung ke Hanoi bagi menghadapi perlawanan akhir kedua pada 15 Disember nanti.
Di sini penulis berharap bukan sahaja AirAsia yang mahu memainkan peranan dalam menyemarakkan lagi sokongan kepada pasukan kebangsaan dalam kejohanan Piala AFF Suzuki edisi kali ini. Syarikat penerbangan yang lain seperti MAS dan Malindo Air diharapkan dapat memainkan peranan sekaligus membantu penyokong yang mahu memberikan sokongan kepada para pemain.

Sokongan padu daripada peminat amat diperlukan pasukan negara bagi memastikan mereka membawa pulang trofi yang kali terakhir mendarat di bumi Malaysia pada tahun 2010 lalu. Malaysia berjaya menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir dengan keputusan 4-2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan