PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM) SEMALAM TELAH MENGHANTAR SURAT PERMOHONAN KEPADA PRASARANA MALAYSIA BERHAD, SYARIKAT PENGENDALI PERKHIDMATAN LRT DAN MRT BAGI MELANJUTKAN TEMPOH OPERASI MEREKA BERSEMPENA PERLAWANAN PIALA SUZUKI AFF 2018, MALAYSIA LWN MYANMAR DI STADIUM NASIONAL, BUKIT JALIL PADA SABTU INI (24 NOVEMBER 2018).
MENERUSI MAKLUM BALAS YANG DITERIMA FAM, HARI INI DARIPADA KETUA PEGAWAI (OPERASI) PRASARANA MALAYSIA BERHAD, ENCIK MUHAMMAD NIZAM ALIAS, MEREKA TELAH PUN MELULUSKAN DAN BERSETUJU UNTUK MELANJUTKAN WAKTU OPERASI PERKHIDMATAN LRT BAGI LALUAN SRI PETALING, AMPANG DAN KELANA JAYA SERTA PERKHIDMATAN MRT LALUAN SUNGAI BULOH-KAJANG SEHINGGA JAM 1.00 PAGI AHAD (25 NOVEMBER 2018).
DENGAN PERKEMBANGAN TERBAHARU INI, FAM INGIN MENGGALAKKAN SUPAYA PENYOKONG HARIMAU MALAYA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN LRT DAN MRT UNTUK KE STADIUM PADA SABTU INI BAGI MENGURANGKAN KESESAKAN LALU LINTAS DAN TEMPAT LETAK KERETA.
FAM TURUT INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PRASARANA MALAYSIA BERHAD YANG BEGITU PRIHATIN DALAM MEMBERI KESELESAAN DAN MEMNUDAHKAN PENYOKONG HARIMAU MALAYA UNTUK PERGI DAN PULANG DARI STADIUM.
STUART RAMALINGAM
SETIAUSAHA AGUNG PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM)
#FAM
#HARIMAUMAMLAYA
#AFFSUZUKICUP18
Tiada ulasan:
Catat Ulasan