Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 24 November 2018

Piala FAM berwajah baharu

TIMBALAN Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sekalipun berdepan masalah kekurangan pasukan namun saingan Piala FAM akan terus ‘bernyawa’ musim depan.
Ia selepas badan induk itu dilihat mempunyai strategi bagi memastikan saingan divisyen tiga itu terus berjalan sekali gus meneruskan kesinambungan kancah bola sepak tempatan.
Ketika ini, saingan bola sepak negara memiliki lima lapis pertandingan bermula dengan Liga Super, Liga Perdana, Piala FAM, Liga M4 dan Liga M5.
Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan, mereka akan memperkenalkan format baharu untuk saingan Piala FAM namun ia hanya akan diputuskan dalam masa terdekat selepas beberapa pengubahsuaian selesai dilaksanakan.
“Format baharu ini dijangka lebih menarik kerana ia membabitkan penyertaan lebih banyak pasukan untuk bertanding dalam saingan Piala FAM.
“Perbincangan sudah dijalankan namun ada beberapa perkara yang perlu diteliti selepas beberapa faktor perlu diambil kira.
“Mungkin juga ia akan dijenamakan semula. Apa pun, keputusan muktamad akan diumumkan dalam seminggu dua lagi,” katanya kepada wartawan selepas mesyuarat Exco FAM di sini, hari ini.
Difahamkan, saingan baharu itu menampilkan pertandingan kalah mati dan boleh dianggap seperti saingan Piala FA namun khusus buat pasukan amatur sahaja.
Terdahulu, Sukan NSTP melaporkan jumlah penyertaan pasukan bagi saingan divisyen tiga itu boleh dianggap begitu menyedihkan.
Selepas 14 pasukan bersaing bagi edisi 2018 - sebelum dua daripadanya digugurkan susulan gagal menghadiri perlawanan, jumlah penyertaan jatuh mendadak apabila hanya enam pasukan mengesahkan bertanding setakat ini.
Enam pasukan itu Terengganu FC II, Angkatan Tentera Malaysia, Kuching FA, Young Fighters FC, Perlis dan Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan