Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 24 November 2018

Jualan tiket Piala AFF mampu cecah 80,000


ANTARA peminat yang membeli Tiket Piala AFF perlawanan diantara Malaysia menentang Myanmar di Stadium National Bukit Jalil. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria
KUALA LUMPUR: Beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan 'hidup mati' Harimau Malaya menentang Myanmar malam ini, jumlah tiket yang dijual terus meningkat dan mungkin mampu mencecah 80,000 penonton.

‘Penyokong ke-12’ nyata bersemangat mahu memberikan sokongan padu kepada skuad negara yang berdepan misi wajib menang, pada aksi terakhir Kumpulan A, di Stadium Nasional Bukit untuk layak ke pusingan kalah mati Piala AFF.
Sehingga jam 4 petang tadi, jumlah rasmi jumlah tiket perlawanan sudah mencecah angka 72,000 dan inisiatif penjualan di pelbagai platform turut membantu sambutan penyokong untuk mendapatkan tiket.
Setiausaha Agung, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Micheal Ramalingam berkata, sistem yang digunapakai nyata banyak membantu jualan tiket pada kali ini.
"Sehingga jam 4 petang, sebanyak 72,000 tiket sudah pun dijual dan kami berharap angka itu dapat mencapai angka 80,000 pada perlawanan nanti.
"Tempoh masa jualan, penjualan di beberapa platform nyata membantu kepada jualan kali ini.
“Kepada penyokong yang belum mendapatkan tiket, mereka masih boleh ke stadium dan mendapatkannya di kaunter jualan disediakan," katanya.

Biarkan belum disahkan secara rasmi, aksi terakhir Kumpulan A ini bakal memecah rekod kehadiran penyokong tertinggi dalam kejohanan Piala AFF 2018.

Sebelum ini, Stadium Nasional My Dinh mencatat rekod kehadiran tertinggi dengan kehadiran 40,000 penyokong ketika aksi antara Vietnam dan Malaysia pada 16 November lalu.
Tinjauan jualan tiket pada sebelah pagi tadi mendapati kaunter jualan agak lengang, namun kebanyakan penyokong yang ditemui mengatakan ia mungkin disebabkan ramai yang sudah mendapatkan tiket awal menerusi platform disediakan.
Selain dijual di stadium, tiket perlawanan ini juga sebelum ini dijual di premis Al Ikhsan, Wisma FAM dan juga menerusi pembelian dalam talian.
Jualan tiket di kaunter stadium hari ini dijual seawal jam 10 pagi dan ia akan terus dijual sehingga masa perlawanan, bergantung kepada baki tiket yang ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan