Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam memaklumkan sebanyak 34,643 keping tiket untuk perlawanan terakhir Kumpulan A Piala Suzuki AFF 2018, Malaysia lwn Myanmar pada hari sabtu ini telah pun terjual selepas 2 hari jualan tiket dibuka.
Menurut FAM, tiket tempat duduk grandstand berharga RM30 telah pun habis dijual, begitu juga penjualan secara online di www.tickethotline.com.my untuk semua kategori tiket yang telah pun ditutup petang semalam selepas mencecah kuota yang ditetapkan.
Justeru, penjualan tiket di kaunter khas di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini (Khamis, 22 November 2018) dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang hanya akan membabitkan tiket tempat duduk terbuka berharga RM20 dan tiket kanak-kanak RM5.
Begitu juga untuk penjualan di Kaunter Tiket Pintu A & E di Stadium Nasional pada Jumaat (23 November 2018) dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang dan pada hari perlawanan, Sabtu (24 November 2018) bermula 10.00 pagi hingga sepak mula perlawanan (atau sehingga tiket habis terjual), hanya untuk tiket tempat duduk terbuka RM20 dan tiket kanak-kanak RM5.
Bagi penyokong yang sudah membeli tiket secara online, kaunter penebusan tiket akan mula dibuka, hari ini (Khamis, 22 November) hingga pada hari perlawanan (Sabtu, 24 November) di Kaunter Tiket Pintu D, Stadium Nasional. Rujuk facebook Tickethotline untuk info terkini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan