Ujar bintang Pahang itu, perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Myanmar Sabtu ini amat penting dengan misi wajib menang bagi melayakkan tempat ke separuh akhir Piala AFF.
“Jaringkan gol memang penting tetapi membantu pasukan meraih tiga mata lagi penting kerana ia boleh membolehkan kami mara ke separuh akhir..itu yang lebih mustahak.
“Bagi saya menang penting, kalau jaringkan gol alhamdulillah,” katanya.
Malaysia kini menduduki anak tangga ketiga dalam Kumpulan A dengan pungutan enam mata, manakala Myanmar dan Vietnam menghuni tempat satu-dua setelah masing-masing berkongsi tujuh mata, sementara Kemboja dan Laos sah tersingkir.
Sementara itu, penyerang negara Ahmad Hazwan Bakri menyifatkan Malaysia tiada alasan untuk tewas atau seri ketika berdepan Myanmar memandangkan mereka beraksi di laman sendiri.
“Nak tak nak kami kena menang sebab ini sahaja (peluang) yang tinggal. Lagi pun kita bermain di laman sendiri. Ini peluang terbaik kami,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE