Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 2 November 2018

Medan tebus kecewa buat Zaquan


PENYERANG skuad kebangsaan, Zaquan Adha Radzak pada sidang media di Bukit Jalil, hari ini. - Foto Saddam Yusoff

KUALA LUMPUR: Aksi bertemu Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok menjadi medan buat penyerang skuad kebangsaan, Zaquan Adha Radzak untuk menebus kekecewaan susulan prestasi hambarnya sebelum ini.
Dikritik hebat selepas bergelut dalam dua aksi terdahulu bertemu Sri Lanka dan Kyrgyzstan, penyerang Kuala Lumpur itu mengakui perlu membuktikan betapa dia masih lagi ‘berbisa’ sekali gus mengekalkan tempat dalam skuad ke Piala AFF 2018.
“Saya akui belum berada pada tahap yang saya inginkan jadi saya perlu terus bekerja keras bermula dengan perlawanan menentang Maldives malam esok.
“Ini ruang terbaik untuk saya sebelum menempuh aksi sebenar di Piala AFF nanti. Saya perlu membalas kepercayaan jurulatih dengan memberi aksi terbaik,” katanya pada sidang media di Bukit Jalil, hari ini.
Mengulas lanjut aksi malam esok, bekas penyerang Johor Darul Ta’zim itu menegaskan aksi itu penting kerana ia persiapan terakhir sebelum beraksi di Piala AFF 2018.
“Persaingan sengit ditunjukkan rakan sepasukan kerana aksi malam esok akan menentukan skuad muktamad ke kejohanan itu.
“Ini menjadi motivasi buat semua pemain untuk memberikan komitmen terbaik sebagai momentum ke Piala AFF,” katanya.
Diundi dalam Kumpulan A, Malaysia akan membuka tirai Piala AFF bertemu Kemboja pada 8 November ini sebelum menentang Laos (12 November), Vietnam (16 November) dan aksi terakhir peringkat kumpulan bertemu Myanmar (24 November).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan