Bagaimanapun berdasarkan ranking, skuad The White Angels berada di kedudukan lebih baik berbanding Malaysia iaitu ke-141 dunia, Harimau Malaya pula di tangga ke-169 dunia.
Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe bagaimanapun optimis untuk melangkah ke pusingan separuh akhir, biarpun sedar bakal berdepan tentangan sengit pasukan lawan yang hanya memerlukan seri untuk berada dalam kelompok empat pasukan terbaik.
“Saya yakin dengan sokongan seramai 80,000 peminat, semangat kami untuk memburu kemenangan menjadi lebih membara dalam misi meraih tiga mata berharga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Kelmarin, Myanmar berjaya mengikat Vietnam di Yangon tanpa jaringan, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi tujuh mata sepanjang tiga perlawanan Kumpulan A, manakala Malaysia pula di tangga ketiga dengan enam mata.