Kejayaan anak-anak buah Tan Cheng Hoe itu sekali gus menutup mulut pengkritik yang meragui kemampuan skuad negara untuk pergi jauh pada kejohanan peringkat Asia Tenggara tersebut selepas tewas 0-2 kepada Vietnam pada 16 November lalu.
“Saya akui keputusan ini melegakan pemain memandangkan rehat selama seminggu ini masing-masing cukup fokus untuk meraih kemenangan. Walaupun ada sedikit tekanan pada sesi latihan, mereka tetap bermotivasi untuk membawa pasukan mara ke pusingan separuh akhir,” ujar Cheng Hoe selepas perlawanan kelmarin.
Pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelmarin, skuad negara meraih kemenangan 3-0 menerusi dua jaringan kapten pasukan, Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak dan satu gol hasil sentuhan Norshahrul Idlan Talaha.