Skuad negara buru kemenangan ke atas Vietnam Jumaat ini
MALAYSIA bakal menerapkan taktikal menyerang pada aksi ketiga Kumpulan A Piala AFF Suzuki menentang Vietnam di Hanoi Jumaat ini.
SELEPAS melakar dua kemenangan, Malaysia bakal berdepan ujian sebenar dalam saingan Kumpulan A Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2018 apabila menentang Vietnam yang menghuni ranking ke-102 dunia di Hanoi, Jumaat ini.
Skuad Harimau Malaya bimbingan Tan Cheng Hoe bagaimanapun tak gentar berdepan pasukan pilihan itu apabila tekad melakar kejutan untuk menempah slot separuh akhir.
“Mereka (Vietnam) adalah pasukan pilihan untuk saingan Kumpulan A dan sudah tentu kami akan merombak barisan pemain. Kami harus bermain di sana (Hanoi) dengan penuh yakin.
“Apa yang pasti kami tidak boleh bermain secara bertahan selama 90 minit kerana Vietnam memiliki pemain-pemain yang bagus. Jadi, kami juga harus menyerang dan mendapatkan keputusan lebih bagus,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan menentang Laos.
Pada aksi pertama minggu lalu, Malaysia (No. 169 dunia) menewaskan Kemboja 1-0 di Phnom Penh dan kelmarin mengalahkan Laos 3-1 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan