Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 13 November 2018

Bangkit pada waktu tepat


Norshahrul tidak idam Kasut Emas, mahu julang Harimau Malaya

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA (kiri) meraikan jaringannya ketika menentang

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA (kiri) meraikan jaringannya ketika menentang Laos di Bukit Jalil, kelmarin. UTUSAN/ROY AZIS ABD AZIZ

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Selepas tenggelam sejak kebelakangan ini kerana kerap bertukar pasukan, Norshahrul Idlan Talaha kembali mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan dengan persembahan cemerlang dalam dua aksi pertama Piala AFF.
Lebih dikenali sebagai Mat Yo, pemain berusia 32 tahun itu muncul penyerang terbaik Harimau Malaya apabila meledak tiga gol daripada dua perlawanan, malah menjaringkan gol kemenangan dalam kedua-dua aksi tersebut.
Sejak meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2014, Karier Norshahrul tidak stabil apabila bertukar empat pasukan.
Begitupun, kepercayaan yang diberikan ketua jurulatih, Tan Cheong Hoe dibalas dengan membantu Harimau Malaya bermula langkah kanan dalam Piala AFF.
“Saya tidak mengejar anugerah penjaring terbanyak, malah ia bukan keutamaan saya dalam Piala AFF. Apa yang penting adalah membantu pasukan mencatat kemenangan.
“Saya harap, rakan-rakan lain juga dapat menjaringkan gol kerana jaringan tidak semestinya datang dari saya seorang.
“Sebagai penyerang sudah tentu tekanan yang diberikan penyokong dan pasukan untuk meledak gol adalah lebih tinggi berbanding pemain lain.
“Apa yang saya perlu lakukan adalah mengawal tekanan dengan baik ketika beraksi,” kata Norshahrul yang membuat penampilan kelima berturut-turut di pentas Piala AFF.
Selepas meninggalkan JDT pada 2014, Norshahrul berhijrah ke ATM pada 2015, sebelum menyertai Terengganu pada tahun sama.
Dia kemudian berpindah ke Felda United tahun lalu, sebelum membina semula kariernya bersama Pahang musim ini.
Kemahirannya menggelecek bola terutama di kawasan tepi gol lawan membolehkan Norshahrul kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan.
Norshahrul meledak gol tunggal ketika menewaskan Kemboja 1-0, Khamis lalu dan menyumbat dua gol dalam tempoh lima minit untuk menundukkan Laos 3-1 di Bukit Jalil, semalam.
Pemain kelahiran Terengganu itu turut dinobat sebagai pemain terbaik dalam kedua-dua perlawanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan