Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 25 November 2018

Hadiah kahwin buat Adam juga

KUALA LUMPUR: Selain menyempurnakan misi ke separuh akhir, kemenangan selesa 3-0 Malaysia ke atas Myanmar pada kempen Piala AFF malam tadi juga menjadi hadiah perkahwinan terbaik buat pertahanan negara, Adam Nor Azlin.
Adam, 22, mengahwini Nur Azlin Md Mazlan Jumaat lalu, sehari sebelum mengisi bangku simpanan Harimau Malaya bagi aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Rakan sepasukan dan teman baik Adam, Shahrul Saad mendedahkan pasukan sememangnya merancang untuk menjadikan kemenangan itu sebagai hadiah perkahwinan buat pemain dari Selangor itu.
“Pertama sekali saya melakukannya untuk diri saya kerana dua tahun lalu kami gagal untuk melepasi peringkat kumpulan dan keduanya, kami melakukannya untuk rakan kami yang baharu berkahwin semalam (Jumaat), jadi kami bermain sepenuh hati untuknya,” katanya.

Shahrul, 25, yang mempunyai seorang anak berkata, selain bermati-matian ketika latihan, pasukan turut diberikan motivasi tambahan apabila menggunakan Adam sebagai alasan tetapi menegaskan antara faktor lain kemenangan menunjukkan semangat kekeluargaan dalam pasukan.
“Prestasi saya juga meningkat disebabkan oleh keseluruhan pasukan, pengurusan, mereka mempunyai nilai kekeluargaan dan apa yang kami lakukan setiap hari.
“Ia membantu kami, kami membantu satu sama lain dan apa pun yang terjadi, kami berjuang sebagai satu pasukan dan kini kami berharap untuk melangkah lebih jauh,” kata kapten Perak itu.
Pada penampilan keduanya di Piala AFF, Shahrul juga berasakan tuah kali ini tidak akan memihak calon pilihan Thailand kerana selepas empat perlawanan, apa saja boleh berlaku.
“Saya fikir Thailand (boleh menjadi juara) tapi kami layak ke separuh akhir jadi apa saja boleh berlaku dan mungkin sebelum ini mereka menjuarainya tapi tuah Malaysia juga berbeza,” kata Shahrul yang mengakui gembira dengan prestasi benteng pertahanan Harimau Malaya ketika ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan