Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 31 Oktober 2018

F:30 penanda aras baharu FAM



Meletakkan skuad bola sepak kebangsaan dalam kelompok lima negara terbaik Asia


HAMIDIN (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Infantino pada

HAMIDIN (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Infantino pada majlis pelancaran F:30 di Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan Shaikh Salman (kanan).
PERSATUAN Persatuan Bo­la Sepak Malaysia (FAM) semalam melancarkan peta hala tuju atau Roadmap FAM yang diberi nama F:30 dalam misi menjadi lima negara terbaik Asia menjelang 2030.
Peta hala tuju bagi tempoh 12 tahun itu dibahagikan kepada tiga pelan strategik iaitu fasa pertama dari tahun 2019 hingga 2022 untuk membina asas yang kukuh dari sudut tadbir urus, pertandingan dan pembangunan modal insan serta infrastruktur.
Disusuli fasa kedua (2023-2026) mencapai peringkat Asia, disudahi fasa ketiga (2027-2030) bertujuan melahirkan sebuah pasukan kebangsaan bertaraf dunia.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menyifatkan F:30 sebagai simbol kesungguhan FAM melaksanakan pelan pembangunan menyeluruh di setiap lapisan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara bola sepak yang di­segani.
“Tempoh 12 tahun adalah sasaran yang realistik mengambil kira ekosistem bola sepak tempatan ketika ini.
“Teras kepada peta hala tuju ini ialah memperkasakan ahli gabungan dari sudut pembangunan modal insan dan pertandingan, pengenalan DNA bola sepak Malaysia menerusi kurikulum keju­rulatihan yang seragam serta pembangunan akar umbi yang mantap.
“Dalam peta hala tuju ini, FAM bercadang mewujudkan sekelompok pengadil profesional bertujuan meningkatkan mutu pengadilan,” katanya pada majlis pelancaran F:30 di Kuala Lumpur semalam.
Majlis tersebut dirasmikan bersama Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, Presiden Konfedera­si Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa.
Turut hadir ahli majlis FIFA, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Setiausaha Agung FIFA, Fatma Samoura dan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John serta ahli jawatankuasa ekseku­tif FAM dan perwakilan dalam kalang­an ahli gabungan badan induk itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan