MOHAMADOU SUMAREH (kanan) beraksi menentang Kemboja dalam perlawanan pembukaan Piala AFF, 8 November lalu tetapi disisihkan ketika berdepan Laos akibat kecederaan. - AFP
Pemain kelahiran Gambia itu mengalami kecederaan hamstring dalam latihan dan tidak diturunkan ketika Malaysia mengalahkan Laos 3-1 di Bukit Jalil, Isnin lalu.
“Sumareh makin baik, namun sudah tentu kami ada lebih daripada 24 jam untuk menilai keadaannya.
“Kehadirannya bagus untuk pasukan tetapi kami kena mengikut nasihat doktor sama ada dia bersedia atau tidak untuk perlawanan esok,” kata Ketua Jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe dalam sidang akhbar di Hanoi, hari ini.
Mengulas mengenai pertemuan getir menentang juara 2008, Vietnam, Cheng Hoe berkata, pasukannya perlu meningkatkan permainan berbanding ketika menewaskan Kemboja (1-0) dan Laos dalam dua aksi pertama.
“Pemain kami bermain baik setakat ini dengan mengutip tiga mata dalam setiap perlawanan tetapi saya mahu mereka bermain lebih baik menentang Vietnam kalau mahu pulang dengan keputusan positif.
“Saya menaruh keyakinan kepada mereka. Esok, mereka perlu meningkat ke satu tahap, fokus dan kekalkan disiplin,” katanya lagi. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan