Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan berkata penyokong Harimau Malaya yang masih belum membeli tiket masih boleh berbuat demikian dengan mendapatkannya di Wisma FAM dan Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Penyokong Harimau Malaya masih boleh membeli tiket perlawanan berkenaan yang berharga RM20 (terbuka), RM30 (grandstand) dan RM5 (kanak-kanak) di kaunter khas yang dibuka di Wisma FAM, Kelana Jaya pada hari ini dan esok dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.
“Kaunter jualan tiket akan dibuka di Stadium Nasional pada Jumaat ini dari pukul 10 pagi hingga 5 petang dan pada hari perlawanan, Sabtu bermula pukul 10 pagi hingga sepak mula perlawanan (atau sehingga tiket habis terjual),” kata FAM. - UTUSAN ONLINE