Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 22 November 2018

40,396 Tiket Perlawanan Piala Suzuki AFF 2018, Malaysia lwn Myanmar (8.30 mlm, Sabtu 24 Nov) Telah Terjual. #FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup18

40,396 TIKET PERLAWANAN PIALA SUZUKI AFF 2018, MALAYSIA LWN MYANMAR (8.30 MLM, SABTU, 24 NOV 2018) TELAH TERJUAL

PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM) INGIN MEMAKLUMKAN BAHAWA SEBANYAK 40,396 KEPING TIKET BAGI PERLAWANAN TERAKHIR KUMPULAN A PIALA SUZUKI AFF, MALAYSIA LWN MYANMAR DI STADIUM NASIONAL, BUKIT JALIL, 8.30 MALAM  SABTU INI (24 NOVEMBER 2018) TELAH PUN TERJUAL SETAKAT HARI INI.

IA MERANGKUMI JUMLAH JUALAN SECARA ONLINE DI WWW.TICKETHOTLINE.COM.MY YANG TELAH DITUTUP SEMALAM DAN JUGA PENJUALAN DI KAUNTER KHAS DI WISMA FAM, KELANA JAYA SEMALAM TIGA HARI BERMULA SELASA LALU YANG BERAKHIR  PADA JAM 5.00 PETANG  TADI.

UNTUK MAKLUMAN, TIKET TEMPAT DUDUK GRANDSTANDBERHARGA RM 30 SUDAH HABIS DIJUAL. JUSTERU, PENJUALAN TIKET BAGI TEMPAT DUUDK TERBUKA BERHARGA RM 20 DAN TIKET KANAK-KANAK RM 5 AKAN DITERUSKAN DI KAUNTER TIKET PINTU A & E DI STADIUM NASIONAL PADA ESOK (JUMAAT, 23 NOVEMBER 2018) DARI 10.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG DAN PADA HARI PERLAWANAN, SABTU (24 NOVEMBER 2018) BERMULA 10.00 PAGI HINGGA SEPAK MULA PERLAWANAN (ATAU SEHINGGA TIKET HABIS TERJUAL).

TIADA LAGI SEBARANG PENJUALAN TIKET DI WISMA FAM, KELANA JAYA PADA ESOK ATAU SABTU.

BAGI PENYOKONG YANG SUDAH MEMBELI TIKET SECARA ONLINE, KAUNTER PENEBUSAN TIKET TELAH DIBUKA HARI INI DAN AKAN DITERUSKAN PADA HARI ESOK, (JUMAAT, 23 NOVEMBER) DAN PADA HARI PERLAWANAN (SABTU, 24 NOVEMBER) DI KAUNTER TIKET PINTU D, STADIUM NASIONAL. RUJUK FACEBOOK TICKETHOTLINE UNTUK INFO TERKINI.

#FAM
#HARIMAUMALAYA
#AFFSUZUKICUP18

Tiada ulasan:

Catat Ulasan