TAHNIAH PERAK JUARA PIALA MALAYSIA 2018
PRESIDEN FAM, DATO' HAJI HAMIDIN HAJI MOHD AMIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PERAK ATAS KEJAYAAN MENUNDUKKAN TERENGGANU FC DENGAN PENALTI 4-1 SELEPAS KEDUA-DUA PASUKAN TERIKAT 3-3 PADA AKSI FINAL PIALA MALAYSIA 2018 DI STADIUM SHAH ALAM, MALAM TADI.
"SAYA WARGA KERJA FAM MENGUCAPKAN TAHNIAHBUAT PERAK KERANA BERJAYA MENJULANG TROFI PIALA MALAYSIA YANG MENJADI IDAMAN SETIAP PASUKAN. TAHNIAH SEKALI LAGI KERANA ANDA BERJAYA MEMBAWA PULANG 'HADIAH' UNTUK PENYOKONG SETIA ANDA.
SEPERTI YANG SAYA JANGKA KEDUA-DUA PASUKAN MEMPAMERKAN AKSI SENGIT YANG MANA PARA PENYOKONG DISAJIKAN DENGAN SEBUAH PERLAWANAN EPIK SERTA DRAMATIK.
SEMEMANGNYA SETIAP TAHUN KEJOHANAN YANG TELAH BERUSIA 92 TAHUN INI SENTIASA MENYAJIKAN SUASANA YANG MEMUKAU DENGAN AKSI YANG MENARIK, KATANYA YANG HADIR MENYAKSIKAN FINAL PIALA MALAYSIA 2018.
HADIR SAMA, SETIAUSAHA AGUNG FAM, STUART RAMALINGAM, TIMBALAN PRESIDEN FAM, DATUK WIRA YUSOFF MAHADI, NAIB PRESIDEN FAM, MOHD JOEHARI MOHD AYUB, BENDAHARI FAM, DATO' HAJI ISMAIL KARIM SERTA AHLI EXCO FAM, SAC DATO' AZISMAN ALIAS, DATUK MOHD HISAMUDIN YAHAYA DAN ACP MD DALI WAHID.
KALI TERAKHIR SKUAD THE BOS GAURUS MUNCUL JUARA PIALA MALAYSIA IALAH PADA EDISI 2000 SETELAH MENUMPASKAN NEGERI SEMBILAN 2-0 DI STADIUM SHAH ALAM.
#FAM
#HARIMAUMALAYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan