Isu pengadilan malam perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 menjadi hangat diperbualkan sama ada dari pasukan yang menang mahupun yang tewas malam itu. Begitu juga dengan penyokong luar.

Ia jelas dapat dilihat sejak awal perlawanan lagi. Pengadil perlawanan malam itu, Suresh Jayaraman kelihatan tidak dapat mengawal perlawanan sepenuhnya. Beberapa keputusan beliau menjadi pertikaian. Dalam perlawanan tersebut, keputusan diheret sehingga ke penentuan sepakan penalti.

Pengerusi Malaysia Football League (MFL), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga turut mempertikaikan bukan sahaja keputusan pengadil, malah mempertikaikan bagaimana Suresh yang tiba-tiba boleh mengadili perlawanan penting itu.


Baginda melalui laman twitter peribadi menyatakan TMJ memberitahu bahawa seramai 25 orang pengadil baru dihantar untuk menghadiri kursus di Jepun dan segala kos ditanggung sendiri oleh baginda.


Selain itu, baginda juga telah beberapa kali menggesa MFL dan FAM untuk mempercepatkan pengadil profesional.