BADAN BEBAS PENGADIL KE ARAH BOLA SEPAK YANG LEBIH MAJU DAN TELUS
----------
----------
Merujuk kepada kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhidin Mohd Salleh dalam artikel Sukan Sinar hari ini, kita dapat lihat keperluan pergerakan MFL ke arah Badan Bebas Pengadil untuk menguruskan pengadil-pengadil profesional yang akan ditugaskan untuk melantik dan mengawasi prestasi pegawai-pegawai perlawanan di dalam Liga Malaysia.
Organisasi ini sangat diperlukan pada waktu ini kerana ia sangat jelas bahawa struktur yang lama tidak lagi relevan dan sangat menghampakan jika struktur yang lama ini tetap dipertahankan oleh orang-orang kuat badan kepengadilan negara.
Mereka harus lihat bahawa pergerakan Liga Malaysia dan juga keperluan industri bola sepak tempatan sedang bergerak maju kehadapan, jika mereka tidak mahu bergerak bersama maka kita perlu mencari jalan yang lain.
Ini juga jelas mengapa liga-liga yang lain juga mengambil tindakan sama seperti ini termasuk Liga Perdana Inggeris yang telah menjadi rujukan MFL untuk mewujudkan badan bebas ini. MFL akan tetap bekerjasama bersama pihak pengurusan FAM untuk memastikan bahawa agenda bola sepak nasional kita selari. Sudah tentu badan pengadil dari FAM ini mempunyai tanggungjawab yang besar memastikan kita mempunyai pengadil baharu dan bertauliah pada masa akan datang.
Badan Bebas Pengadil ini juga akan memberi kesan besar terhadap FAM di mana ianya akan menambahbaik sistem kepengadilan dan melahirkan pengadil yang bukan sahaja terbaik di Liga Malaysia malah mungkin di peringkat AFC dan FIFA.
FAM masih mempunyai peranan, namun struktur lama yang kita dapati tidak selari dengan pergerakan Liga Malaysia yang lebih maju kehadapan harus diubah sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan