Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 27 Oktober 2018

Cheng Hoe berdepan situasi sukar



Pening pilih 23 pemain bagi galas cabaran negara harungi kempen AFF Suzuki 2018


PARA pemain negara giat menjalani latihan di Nilai, Negeri Sembilan

PARA pemain negara giat menjalani latihan di Nilai, Negeri Sembilan semalam menjelang kempen Piala AFF Suzuki bulan depan.
KETUA jurulatih skuad bola sepak negara, Tan Cheng Hoe (gambar kecil) meng­akui sukar untuk membuat pilihan senarai akhir 23 pemain yang akan dipilih beraksi pada Piala Perseku­tuan Bola Se­pak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 bulan de­pan.
Pengendali berusia 50 tahun itu berkata, kesemua 26 pemain yang di­pilih untuk menjalani sesi latihan pusat ketika ini mempamerkan prestasi terbaik dari segi fizikal dan taktikal.

“Satu petanda positif, tetapi ia menyebabkan saya sukar untuk memilih kesebelasan terbaik.
“Namun apa yang membimbangkan adalah untuk mendapat­kan keserasian dan kombinasi terbaik kerana ada sesetengah pe­main yang tidak selalu bersa­ma pasukan kebangsaan,” ujar Cheng Hoe ketika ditemui selepas sesi latihan skuad Harimau Malaya di padang Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan semalam.
Dalam pada itu, Cheng Hoe memaklumkan senarai akhir 23 pemain yang akan menggalas cabaran negara pada Piala AFF Suzuki akan diumumkan selepas perlawanan persahabatan ter­akhir menentang Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 3 November ini.
Mengulas lanjut, Cheng Hoe menyasarkan kutipan tiga mata pada dua aksi awal kumpulan A Piala AFF Suzuki menentang Kemboja dan Laos.
Malaysia akan memulakan kempen Piala AFF Suzuki menentang Kemboja di Stadium Olimpik Phnom Penh, Kemboja pada 8 November, sebelum me­layan kunjungan Laos di Stadium Nasional, Bukit Jalil empat hari kemudian.
Skuad negara akan menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada 16 November sebelum menamatkan aksi pusingan awal menentang Myanmar di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 November.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyasarkan skuad negara layak ke final Piala AFF Suzuki. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan