Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 31 Oktober 2018

AFC sedia bantu FAM jayakan F:30


SALMAN Ebrahim Al Khalifa - Foto EIZAIRI SHAMSUDIN



KUALA LUMPUR: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menyifatkan Program F:30 yang dilancarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini sebagai kerangka asas yang mampu membina ekosistem untuk menggalakkan pertumbuhan sukan itu di negara ini.
Presidennya, Salman Ebrahim Al Khalifa, berkata kestabilan program itu dilihat amat penting bagi memastikan FAM mendapatkan hasil yang diingini.
Katanya, FAM perlu diberi masa yang secukupnya untuk melaksanakan semua perancangan yang sudah disusun dengan badan induk itu tidak mempunyai masalah untuk membantu dalam apa sahaja aspek yang diperlukan bagi menjayakan misi terbabit.
“Malaysia sebuah negara yang penting di benua ini dan pernah menjadi antara gergasi bola sepak di Asia. Jadi, AFC gembira menjadi sebahagian daripada pelancaran program jangka masa panjang ini.
“Justeru, AFC bersedia untuk membantu FAM dalam apa jua segi kerana perancangan ini secara tidak langsung turut menguatkan lagi konfederasi bola sepak di benua ini.
“AFC memberi jaminan bahawa kami akan sentiasa berada bersama FAM dalam perjalanan penting ini bagi membantu meningkatkan lagi bola sepak di negara ini.
“Bagi pihak AFC, kami mendoakan agar Malaysia mendapat hasil daripada pelaburan ini,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Program F:30 di ibu negara, hari ini.
Program F:30 itu ialah Peta Hala Tuju atau ‘Roadmap’ FAM dalam tempoh 12 tahun dan antara inti patinya ialah menetapkan Harimau Malaya akan kembali ‘mengaum’ sebagai antara lima negara terbaik Asia menjelang 2030.
Peta hala tuju itu terbahagi kepada tiga pelan strategik iaitu fasa pertama (2019-2022) untuk membina asas yang kukuh dari sudut tadbir urus, pertandingan, pembangunan modal insan dan infrastruktur disusuli fasa kedua (2023-2026) untuk mencapai peringkat Asia.
Fasa ketiga (2027-2030) pula bertujuan melahirkan pasukan kebangsaan yang bertaraf dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan