Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 22 Julai 2018

Syed Saddiq jumpa Kim Swee, Exco Sukan


MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berucap pada majlis Konvokesyen Belia Mahir Majlis Belia Malaysia kali ke-5 di Bangi Avenue Convention Centre, Bangi. - Foto Aziah Azmee

BANGI: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan bertemu semua Exco sukan negeri untuk berbincang mengenai kesukaran mengumpulkan pemain skuad bola sepak bawah 23 (B-23) bagi menghadapi Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang Ogos ini.
Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman beliau tidak dapat memberikan reaksi segera berhubung masalah itu sehingga bertemu dengan jurulatih skuad B-23 Malaysia, Datuk Ong Kim Sweee serta semua Exco sukan negeri bagi mendapatkan gambaran menyeluruh isu berkenaan.
"Kita dalam proses nak jumpa semua Exco sukan negeri dan Ong Kim Swee duduk cari penyelesaian bersama.
"(Membuat) tindakan segera tanpa kita berdialog dengan mereka kesannya jauh lebih buruk sebab itu amat penting kita duduk berbincang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen Belia Mahir Kali Ke-5 Majlis Belia Malaysia (MBM) Bersempena Sambutan 7 Dekad MBM di Bangi Avenue Convention Centre di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Setiausaha KBS Datuk Lokman Hakim Ali dan Presiden MBM, Mua'ammar Ghadafi Jamal.
Syed Saddiq mengulas laporan media hari ini yang menyebut Kim Swee mungkin terpaksa mengambil tindakan drastik menarik diri daripada temasya di Jakarta-Palembang itu susulan kesukaran mengumpulkan pemain.
Kim Swee dipetik berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain sekiranya beberapa pasukan tetap berkeras tidak mahu melepaskan pemain mereka memandangkan Sukan Asia pada 18 Ogos hingga 2 September ini bertembung dengan Piala Malaysia.
"Kena faham, apabila saya menyenaraikan 24 pemain untuk dipanggil (dan) enam pemain dalam senarai sedia ada, hanya daripada 30 pemain ini yang saya boleh panggil.
"Mengikut peraturan minimum 18 pemain dibenarkan untuk ke Sukan Asia. Jika kita tidak dapat mengumpulkan jumlah ini, bermakna kita perlu tarik diri daripada kejohanan (acara bola sepak) Sukan Asia," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan